Lencana Ekspidisi 2019
Saya, rakan-rakan serta AJK pengakap telah memberi bantuan kepada Daerah Kota, Melaka untuk menjayakan kem Lencana Ekspidisi 2019 supaya calon pengakap raja 2020 dapat berjaya melepasi lencana ekspidisi. Dalam kem ini kami telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli ahli pengakap supaya meraka mengetahui pengetahuan, cara dan larangan ketika menjalankan kem ekspidisi ini serta cara betul melintas jalan raya supaya mereka dapat menjaga keselamatan diri sendiri. Selain itu, kami juga ada memperhatikan mereka semasa kem ini dijalankan untuk menjaga keselamatan mereka dan memberi bantuan kepada mereka segera apabila memdapati ada orang yang tercedera. Harap bimbingan kita dapat membantu calon pengakap raja 2020 dalam ujian penarafan 2020