LAPORAN PERJUMPAAN MINGGUAN AHLI LEVEL 200 KLKM USM (Perjumpaan Keempat)
Pada 2 Oktober 2017 kami telah mengadakan perjumpaan kali keempat di Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan 2, USM. Seperti biasa, kehadiran bagi setiap ahli diambil bagi memastikan kehadiran mereka direkodkan. Selepas itu, semua ahli KLKM Level 200 diberikan peringatan berkenaan dengan tatacara pemakaian dan juga hal-hal yang berkitan dengan disiplin contohnya seperti waktu kehadiran dan tatacara semasa perjumpaan. Setiap ahli KLKM USM hendaklah membawa nama baik persatuan.
Selanjutnya, perjumpaan kali ini diteruska dengan agenda utama iaitu berkenaan dengan model tapak perkhemahan. Majis dimulakan dengan taklimat mengenai jenis model-model tapak perkhemahan. Selain itu, ahli-ahi didedahka dengan ikatan yang berbeza bagi setiap model yang dibuat seperti rak perkakasan dapur, penyangkut baju dan sebagainya.
Setelah selesai dengan taklimat berkaitan dengan model tapak perkhemahan, semua ahli Level 200 dikehendaki untuk berada di dalam kumulan dan membut satu gajet perkhemahan menggunakan batang lidi dan benang yang telah disediakan. Ini adalah sebagai salah satu persiapan ataupun persediaan bagi ahli KLKM USM bagi menempuhi Kem Kemahiran 3(1)
Seteah siap, gajet yang telah dihasilkan hendaklah ditunjukkan sebagai bukti terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang.