Langkah Pertama Menuju Keamanan

Langkah Pertama Menuju Keamanan

Local Coordinators Training Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa pada  21 November 2018. Seramai 36 orang siswa guru ahli pengakap merangkumi daripada IPGK Ilmu Khas, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK perlis, IPGK Batu Lintang dan IPGK Raja Melewar telah menyertai kursus ini bersama 4 orang kordinator yang diketuai oleh Encik Amir Hamzah bin Aman. Kursus ini dijalankan selama 3 hari iaitu 21- 23 November 2018.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengenalan kepada messengers of peace Malaysia dan juga mengkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mengenai rangkaian Messenger of Peace dan Pengurusan Projek. Selain itu kursus ini adalah untuk melatih siswa guru untuk mempromosikan keamanan hidup kepada masyarakat dan dunia tanpa menggunakan senjata. Kursus ini juga adalah untuk mengubah cara penyampaian penerimaan pengakap yang tradisional yang iaitu hanya berdasarkan kawad kaki dan perkhemahan kepada pengakap moden iaitu aktiviti yang berdasarkan projek dan pelbagai aktiviti menarik yang dapat memberi faedah jangka masa panjang kepada masyarakat setempat atau kurang bernasib baik. Kursus ini juga mendedahkan siswa guru kepada cara untuk mempelbagaikan cara pengajaran mengenai dunia pengakap kepada anak murid disekolah untuk menarik perhatian mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan sambil berseronok. 

Started Ended
Number of participants
40
Service hours
720
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share