Langkah Pertama Mengenal Scout org

Langkah Pertama Mengenal Scout org

2 Oktober 2019, Seri Medan - Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 81 Batu Pahat (SK Tenaga Setia) yang baru menceburkan diri dalam dunia kepengakapan (Tahun 4), diperkenalkan kepada laman sesawang global pengakap dunia supaya mereka mampu mengenal pengakap dengan lebih dalam. Taklimat yang bermula jam 11.30 pagi itu bermula dengan pengenalan laman sesawang scout.org dan kefungsiannya. Kemudian ahli pengakap dibimbing untuk mendaftar untuk bersama-sama bergerak dalam dunia kepengakapan. Taklimat dan bengkel yang menumpukan kelompok sasaran seramai 15 orang ini berakhir pada jam 1.30 petang dan berjaya mendaftarkan seramai 12 orang ahli. Faktor kurangnya kemahiran komputer dan juga capaian internet yang kurang baik menjadi cabaran kepada ahli pengakap untuk mendaftar. Walau bagaimanapun, ahli pengakap sangat seronok dan teruja semasa mendengar taklimat dan berbengkel.
Number of participants
15
Service hours
30
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share