Labuan Komited dalam Memperkasakan Kepimpinan Pengakap
Pasukan Latihan Pengakap Negeri W.P. Labuan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3(A) pada 10-12 Ogos 2018, bertempat di Desa Tunas Hijau, Kg. Sg. Pagar. Kursus ini disertai oleh 14 orang Pemimpin Pengakap dari Labuan International School, SK Membedai, SK Pantai, seorang Pemimpin dari kumpulan terbuka dan seorang Pengakap Kelana.
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para Pemimpin Pengakap dengan ilmu-ilmu kepengakap yang lebih lanjut dari peringkat yang sebelum ini. Para peserta didedahkan Istiadat Meningkat Naik dari satu unit Pengakap ke unit Pengakap yang lain secara teori dan amali, membuat model dan projek perintis, organisasi PPM dan WOSM, menyediakan kraftangan dan penganggaran. Para peserta juga diberikan tugasan berkumpulan dan hasil tugasan perlu dibentang pada kursus manikayu di peringkat seterusnya.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Skip Hong Heng Chee, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri W.P. Labuan, dengan sesi fotografi bersama para peserta kursus.