KURSUS VIGIL DAN KURSUS INDUKSI PENGAKAP KELANA
SIPITANG,SABAH - Pada 10 Januari hingga 11 Januari 2020, seramai 60 ahli pengakap telah mengikuti kursus vigil dan kursus induksi pengakap kelana.
Kursus yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar,Sipitang ini turut dibantu oleh beberapa ahli pengakap kelana dari Sekolah Menengah Sindumin dan beberapa pemimpin pengakap.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program berlangsung.
Pada 11 Januari 2020 seramai 34 ahli pengakap Sekolah Menengah Pengiran Omar telah berjaya ditauliahkan menjadi Pengakap Kelana.