Kursus VIGIL dan Kursus Iduksi Pengakap Kelana SMK Pengiran Omar,Sipitang
SIPITANG : Seramai 34 orang Ahli Pengakap dari SMK Pengiran Omar telah menyertai Perkhemahan VIGIL dan Kursus yang telah berlangsung pada 10-11 Januari 2020 yang lalu. Perkhemahan tersebut turut dibantu oleh Ahli Pengakap Kelana dari SMK Sindumin. Sukacita dimaklumkan bahawa 34 ahli pengakap tersebut telah menjadi peserta dan menyertai perkhemahan ini telah sah ditabalkan sebagai Pengakap Kelana SMK Pengiran Omar.