KURSUS VIGIL DAN INDUKSI PENGAKAP KELANA SMK. PENGIRAN OMAR, SIPITANG
SIPITANG, SABAH - Kursus Vigil dan Induksi Pengakap Kelana telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2020 yang lalu, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar. Kursus tersebut disertai seramai 34 orang ahli pengakap. Kursus ini turut dibantu oleh 10 orang ahli Pengakap Kelana dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin bersama beberapa orang pemimpin pengakap. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung. Pada 11 Januari 2020, semua ahli pengakap Tingkatan 6 SMK. Pengiran Omar telah berjaya ditauliahkan sebagai Pengakap Kelana.