Kursus Pertolongan Cemas ( Asas Bantu Mula)

Kursus Pertolongan Cemas ( Asas Bantu Mula)

Kursus Pertolongan Cemas ini berlangsung pada 23 Jun 2019 iaitu pada hari ahad yang melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada 9 orang ahli pengakap kelana daerah Sibuga, 6 orang ahli pengakap kanak-kanak, 5 ahli pengakap D (Delta Rovers) kinabatangan dan 15 orang pengakap kelana B (Banzai) Kinabatangan yg bertempat di dewan sebaguna SK Jaya Baru. Kursus ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat untuk melaksanakan ujian Lencana Perkhidmatan serta memberi peluang kepada peserta agar lebih mengetahui dan mempelajari asas bantu mula. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Mohammad Fikri Bin Zanal Abidin, pegawai perubatan klinik swasta (Mabello). Beliau turut mengajar teknik CPR dan ikatan atau balutan pada luka secara teori dan amali. Majlis penutupan kursus telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Daerah Kinabatangan, iaitu Encik Shopian @ Sufian Bin Nasir dan dihadiri oleh Encik Mohd Hatta bin Maaruf selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Pentadbiran dan Kelana serta Pesuruhjaya Daerah Sibuga
Number of participants
30
Service hours
180
Location
Malaysia

Share via

Share