Kursus Manikayu peringkat 3A unit Kelana
Pada 4 Mei 2017, Kursus Manikayu 3A unit kelana telah diadakan di Kem Kijang. Kursus ini disertai oleh 28 orang selama 3 hari 2 malam. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan bakal Pemimpin pengakap kelana di masa hadapan. Antara pengisian dalam kursus ini adalah seperti cara membuat gajet, membuat pioneering, perkara asas perlu diambil sebelum, semasa dan selepas perkhemahan, pengenalan bagi semua lencana pengakap kelana dan slot MOP.