Kursus Manikayu Peringkat 1 Labuan
Kursus Manikayu(1) telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 April di Desa Tunas Hijau, Kg. Sg. Pagar. Seramai 16 peserta dan 9 pemimpin pengakap dari seluruh sekolah di Labuan berjaya menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.
Peserta kursus perlu mengikuti beberapa slot bagi sepanjang program tersebut. Di antara aktiviti dilaksanakan seperti ikatan dan simpulan, istiadat menaikkan bendera dan perhimpunan, aktiviti luar seperti ujian masakan rimba dan kemahiran survival. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila peserta menghadapi cabaran suasana dan hujan yang lebat.