Kursus Manik Kayu 1 2017
Kursus Manik Kayu 1 telah diadakan di PULAKO IPGKSAH selama tiga hari dua malam. KMK tersebut melibatkan pengakap-pengakap dari empat buah IPG di Zon Utara iaitu IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Darul Aman, IPGK Bainun dan IPGK Perlis. Kami telah dibahagikan kepada enam sekawan dalam sesi taklimat pada petang itu. sepanjang kursus ini, kami telah disajikan dengan pelbagai ilmu kepengakapan supaya dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kami sebagai seorang bakal Pemimpin Pengakap pada masa yang akan datang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Laung Agung, Istiadat Menaikkan Bendera, Ikatan, Pertolongan Cemas, Kawad Kaki, sesi Sidang dan banyak lagi.