KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN KLM17/INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
Malaysia

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN KLM17/INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Seramai 20 orang ahli Pengakap dari Kumpulan Latihan Malaysia ke-17/ IPGK Temenggong Ibrahim Johor telah berkursus di Taman Ekstreme, Tasik Chinchin, Melaka. Mereka terdiri daripada bakal pemimpin pengakap dari Semester 3 Opsyen Bahasa Cina. Program ini telah dijalankan selama 1 hari pada 17 September 2018. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada bakal pemimpin pengakap tentang misi, visi dan tujuan kepengakapan, dasar keagamaan, pakaian seragam, skim latihan kepimpinan dan rekod kumpulan. Peserta berpuas hati dengan aktiviti yang mereka jalankan dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Program ini telah dianjurkan oleh KLM-17/ IPGKTI Johor dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKTI. 6 orang pensyarah bertaraf Jurulatih dan Penolong Jurulatih diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program berkenaan. Semoga semua peserta meneruskan latihan mereka ke KMK Peringkat 1. Selamat majujaya.
Number of participants
20
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share