Kursus Kepimpinan Manik Kayu
Kursus Kepimpinan Manik Kayu telah diadakan dari 3 - 5 Mac 2016 dan ditempatkan di Universiti Teknologi Malaysia oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor . Kursus tersebut mengandungi dua bahagian iaitu Pengenalan dan Peringkat 1 kepada Pengakap Remaja . Dalam masa itu , kami telah belajar tentang latar belakang dan juga tatacara untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab serta cara untuk melatih generasi muda berpengakap . Kami belajar sama ada dalam teori dan juga praktikal . Dengan memperkenalkan kursus tersebut , pelapis pemimpin dapat mengenali sistem pengekap dengan cekap dan mendalam . Tujuan kursus tersebut adalah untuk melahirkan pemimpin yang baik untuk membawa dan melatih pengakap untuk menjadi pengakap yang berwawasan. Kami juga menyertai majlis unggun api 2nd Scout JB.