KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG 2020
SMK PENGIRAN OMAR , SIPITANG :
Seramai 119 peserta dan pegawai telah menyertai kursus ini sebagai persediaan untuk bertugas semasa Sukan Tahunan SMK Pengiran Omar pada 20 hingga 22 Januari 2020 yang mendatang. Kursus ini secara langsung dapat menambah pengetahuan para Pengakap Kelana SMKPO sama ada dari segi teknikal mahupun fizikal . Semoga dengan ini , para Pengakap Kelana SMKPO akan terus bersemangat untuk berkhidmat demi memajukan diri , sekolah dan daerah.