KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Persatuan Bulan Sabit Merah Labuan telah menganjurkan kursus asas pertolongan cemas dengan kerjasama Perbadanan Labuan bertempat di Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan dari jam 0800 sehingga jam 1400. Seramai 8 orang ahli dari Pasukan Kelana A Labuan telah menyertai kursus ini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan lencana perkhidmatan. Kursus telah dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari Persatuan Bulan Sabit Merah Kota Kinabalu iaitu Encik Paul Tseu Yun Onn.
Number of participants
1
Service hours
6
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share