KMK3B IPGKTI Awesome
Pada 2-4 November 2018, satu perkhemahan KMK 3b telah dijalankan. Seramai 34 orang guru pelatih telah mengikuti perkhemahan ini. Sepanjang perkhemahan ini, seramai 10 jurulatih telah memimpin perkhemahan ini.
34 orang pelajar ini telah dibahagi kepada 3 sekawan iaitu kuning, biru dan merah.
Pelbagai aktiviti dan sesi dijalankan sepanjang perkhemahan ini terutama sekali dalam pembinaan gajet. Gajet asas seperti pintu gerbang, dapur, meja dan sebagainya telah dibina.
Pada perkhemahan ini juga, ujian pangkalan telah dijalankan untuk menguji tahap kepakaran dan kefahaman ahli pengakap. Sistem kedai digunakan ketika menjalankan ujian ini. Malam apresiasi pengakap juga telah dijalankan dengan bertema “Bollywood”.
Sekawan kuning(saya sekawan kuning) merupakan Johan keseluruhan perkhemahan ini.
Sekali berpengakap, selamanya berpengakap. Semoga pada masa akan datang, banyak perkhemahan pengakap diadakan lagi.