KMK3A PPM KLM/IPGKTI
Kursus manikayu 3A telah dilaksanakan bermula dari 19 Julai 2018 sehingga 21 Julai 2018 yang berlangsung di Ipg Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Semasa perkhemahan ini dilaksanakan, saya telah mempelajari pelbagai kemahiran. Antara salah satu kemahiran yang dipelajari adalah kemahiran melipat khemah. Kemahiran ini amat penting semasa perkhemahan dilaksanakan bagi menguruskan khemah dengan kemas dan baik. Melipat khemah dengan kemas amat penting supaya khemah muat dalam bekas khemah yang disediakan.