KMK 3A PPM KLM 17 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

KMK 3A PPM KLM 17 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Saya telah mengikuti Kursus Manik Kayu 3A selama 3 hari 2 malam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim bermula pada 19 Julai sehingga 21 Julai 2018. Pada hari pertama, saya dan ahli pengakap yang mengikuti kursus ini mula mendaftar pada pukul 12.30 dan meneruskan sesi ceramah. Kemudian, kami diberikan masa untuk berbincang bersama rakan sekawan untuk membina khemah dan gajet. Saya merupakan ahli sekawan biru. Ahli ahli rakan sekawan biru sangat memberikan kerjasama yang baik dan saling membantu antara satu sama lain sehinggakan pada pemeriksaan pagi pada hari kedua iaitu 20hb, sekawan biru mendapat tempat pertama kerana kejayaan pada gajet, khemah dan pemakaian. Sepanjang kursus ini saya juga memegang jawatankuasa sebagai ajk makanan. Sepanjang saya menjadi ajk makanan, saya dan ahli ajk yang lain akan menyediakan bahan mentah, memasak, menghidangkan dan membersihkan. Walaupun agak mencabar namun semua ahli ajk makanan berjaya menjalankan tugas dengan jayanya sehingga hari yang terakhir. Pelbagai cabaran yang dihadapi misalnya masalah dapur dan api, masalah bahan yang tidak mencukupi dan sebagainya. Namun semuanya dapat diselesaikan dengan kerjasama dari pelbagai pihak.
Started Ended
Number of participants
46
Service hours
828
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share