KMK 3.2 KLM17
Gambar ini diambil ketika ujian keris emas. Aktiviti ini berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Bagi aktiviti ini, sistem kedai digunakan dimana para pelajar perlu memberi "wang" atau tiket untuk menjalankan tugasan barulah tugasan yang sebenar diberikan. Pada masa ini, saya dan rakan sedang menjalani ujian membuat anduh serta menyebutkan nama orang kenamaan dalam pengakap.
Aktiviti ini sangat menarik dan mencabar. Ilmu kepengakapan para pelajar diuji dalam pelbagai bidang. Cabaran utama ahli pengakap ialah menyelesaikan semua tugasan dalam masa yang diberikan. Walaupun bagaimanapun, aktiviti banyak mendatangkan mannfaat. Aktiviti ini membantu menguatkan lagi semangat kepengakapan dan membantu meningkatkan lagi kemahiran para ahli pengakap. Saya dan rakan-rakan bukan hanya seronok beraktiviti tetapi dalam masa yang sama kami juga menambah lagi ilmu kami. Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.