KMK 3.2 - KLM 17
Pada 1 hingga 3 November 2018, kumpulan KLM 17 Ipgkti telah menjalani kursus KMK 3.2 dengan jayanya. Banyak ilmu yang telah saya pelajari sepanjang kursus ini berlangsung. Antaranya adalah mengenali orang-orang kenamaan dalam pengakap, fungsi ubat- ubatan dalam peti kecemasan yang tidak pernah saya pelajari selama ini, memasak dalam kuantiti yang banyak, dan juga mendirikan tapak perkhemahan. Saya berasa sangat seronok sepanjang perkhemahan KMK 3.2 ini berlangsung kerana saya bukan sahaja belajar nilai bekerjasama antara satu sama lain, saya juga belajar untuk mengawal emosi dengan lebih baik. Hal ini kerana, sebelum aktiviti perkhemahan berlangsung, saya ada latihan seni selama seminggu tanpa henti. Walaupun agak letih pada awal sesi perkhemahan, sokongan dan semangat yang diberikan oleh rakan sekeliling membantu saya menjadi seorang ahli pengakap yang lebih kuat semangat, mental dan fizikal.