KLM 17 IPGKTI: Kursus Kepimpinan Manikayu 3A

KLM 17 IPGKTI: Kursus Kepimpinan Manikayu 3A

Salam Pengakap KLM 17 IPGKTI telah menganjurkan satu kem Kepimpinan Manikayu 3A yang telah dianggotai seramai 46 orang. Perkhemahan ini telah pun berlangsung selama 3 hari 2 malam di dalam Institut kami sendiri. Kem ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan baharu kepada ahli pengakap KLM 17 supaya lebih menceburi bidang dalam pengakap kerana ilmu yang didapati adalah relevan dalam kehidupan seharian. Pelbagai kenangan manis telah saya dapati sepanjang kem ini berlangsung. Saya mendapat kenalan baru. Saya telah terpilih untuk menganggotai Sekawan Kuning dan menjadi penolong pemimpin pada hari yang terakhir. Sekawan kami telah berjaya menjadi johan semasa pemeriksaan pagi pada hari yang terakhir. Kerja keras kami pada malam hari membuahkan hasil dan membuatkan saya berpuas hati dengan hasil tangan sekawan saya. Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang sanggup mengorbankan masa cuti semata-mata untuk memberikan kursus kepada kami. Semoga 46 peserta akan bertemu semula dalam Kursus Manikayu 3B yang akan dianjurkan pada masa yang akan datang. "Kami Pengakap Malaysia"
Started Ended
Number of participants
46
Service hours
828
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share