Khidmat Komuniti Bersama Mahasiswa
Sempena Minggu UMS Sprint, Team Kembara Sem 1 Juga Tidak Ketinggalan Melaksanakan Program Yang Menjurus Kearah Komuniti Dengan Menyantuni Warga Sekolah Kebangsaan Gudon, Menggatal Utk Membantu Menceriakan Lagi Kawasan Sekolah Dengan Aktiviti Mengecat, Membersihkan Dan Melukis Mural Pada Dinding2 Sekolah Yang Bertemakan "Sekolah Bebas Dadah". Kelompok Kembara Ini Sebenarnya Adalah Di didik Oleh Jurulatih Dari Pengakap Dan 80% Sistem Pembelajarannya Juga Adalah Terdapat Dalam Skim Pengakap Itu Sendiri. Oleh Yang Demikian, Secara Praktikalnya Apa Yang Dilaksanakan Team Kembara Ini Adalah Sebahagian Dari Pecahan Dan Jaringan Pendidikan Pengakap Yang Berusaha Menjadikan Kemahiran Insaniah Itu Sendiri Sebagai Agen Utk Menyebarkan Kebaikan, Kedamaian Dan Medium Kepada Masyarakat Utk Saling Berkerjasama.