Kerja Pembersihan dan Pengubahsuaian Kelas di Aruk, Kalimantan, Indonesia

Kerja Pembersihan dan Pengubahsuaian Kelas di Aruk, Kalimantan, Indonesia

Apabila kami sampai di SD Negeri Sajingan Besar, kami memulakan proses pengubahsuaian sebuah kelas sekolah tersebut. Kami bermula dengan mengeluarkan kesemua kerusi, meja dan perhiasan yang ada di dalam kelas tersebut. Seterusnya, kami menyapu lantai dan mengelap dinding sehingga bersih agar dinding kelas dapat dicat dengan baik. Sebahagian daripada kami bekerjasama dalam kerja-kerja membersih dan mengecat kelas manakala sebahagian lagi bekerjasama membaiki meja untuk digunakan semula di dalam kelas tersebut. Selepas dinding yang telah dicat itu kering, kami mendamparkan tikar yang baharu dan meletakkan perhiasan pada meja yang telah dibaiki serta dinding pada sudut bacaan. Kami juga telah membuat sudut bacaan yang baharu dengan pelbagai bahan bacaan yang telah didermakan untuk bacaan para pelajar.

Started Ended
Number of participants
30
Service hours
540
Location
Indonesia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share