KERJA KERJA GOTONG ROYONG ( MAFUS )

KERJA KERJA GOTONG ROYONG ( MAFUS )

Sebelum memulakan pembinaan, kami akan buat satu kerja-kerja runtuhan dan gotong royong bersama orang kampung di situ dan beberapa ahli pengakap blackflurry rovers ingin membantu menyempurnakan kerja kerja tersebut. Segala kerja yang telah dilakukan sangat sempurna dan berjalan dengan lancar. Kerja ini hanya dilakukan selama 1hari sahaja. Madrasah itu hanya tinggal lantaian sahaja, dinding,siling,bumbung diruntuh dan dibuang. Banyak yang tidak boleh dipakai seperti kayu sudah reput, dinding pecah, siling pecah, bumbung bocor dan lain lain lagi. Penduduk kampung juga turut membantu kami bagi mempercepatkan aktiviti gotong royong ini. segalanya berjalan dengan lancar dan banyak pengalaman dapat diperloehi dalam aktiviti ini kerana disitu dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Penduduk juga berasa gembira apabila adanya kami yang sudi membantu dan mengaktifkan balik madrasah ini.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Location
Malaysia

Share via

Share