Keris Emas TS Fishvage
Satu perkhemahan keris emas telah diadakan di TS Fishvage Agro Kem selama 3 hari 2 malam (9 hingga 11 November 2017). Seramai 130 peserta telah mengambil bahagian. Satu majlis penganugerahan rambu telah berlangsung pada 10 November 2017 yang melibatkan 40 orang penerima rambu. Anugerah rambu telah dianugerahkan oleh Pesuruhjaya Negeri Johor, Tn Hj Yaacob bin A. Karim. Perkhemahan ini bertujuan untuk menguji kemahiran dalam lencana keris emas dan menyediakan murid untuk menerima anugerah rambu pada tahun hadapan. Semoga aktiviti perkhemahan seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.