KEMERIAHAN JOTA JOTI 9M4SJSC SMK SINDUMIN

KEMERIAHAN JOTA JOTI 9M4SJSC SMK SINDUMIN

21 OKTOBER 2019 : Jota Joti 9M4SJSC,tahun ini telah diadakan di padang Smk Sindumin,Sipitang pada 18-20 Oktober 2019. Pertama kali Sipitang mendapat 'callsign' senderi dan ramai peserta dari daerah sendiri menyertai jota jota tahun ini. Sekolah yang terlibat pada tahun ini ialah Smk Pengiran Omar II,Smk Sindumin, Smk Padang  Berampah,PPKI Sk Pekan Sipitang,Sk Padang Berampah,Sk Pekan Sipitang,Sk Mesapol,dan Pengakap Pramuka. 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti Semafore,Morse Kod,HF,VHF,Simplex,dan Joti. Kemeriahan program jota kali ini adalah pada malam kedua iaitu malam kebudayaan yang mana semua peserta berkumpul untuk memberikan persembahan masing-masing. Persembahan yang menarik perhatian semua ahli pengakap ialah dari Pengakap Pramuka yang mempersembahkan keseniaan tarian Indonesia kepada peserta lain. 

Pada acara penutupan, Pesuruhjaya Bahagian Skip Awang Sham bin Buragang menyampaikan amanat disamping memberikan galakan untuk semua pengakap sentiasa bersedia menghadapi sebarang apa jua  bencana yang datang. Semoga aktiviti Jota Joti ini diteruskan dari masa ke semasa kerana pelbagai kebaikan yang diperolehi.

Started Ended
Number of participants
140
Service hours
2520
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share