Kem Skim Lencana PMPR siri ke-13
Perkhemahan skim lencana kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan masing masing peserta mengejar lencana kemajuan mereka.Pada hari pertama, peserta Jaya telah diminta untuk mengajar peserta Usaha cara membuat ikatan.
Sejam kemudian kami melakukan istiadat bendera. Seterusnya, kami berehat sekejap kemudian board ikatan kami diperiksa. Selepas itu, pada jam 1620, kami pergi ke aktiviti seterusnya, iaitu berkayak. Kami ditaklimat tentang cara menaiki kayak dan cara betul pemakaian ves penyelamat. Kemudian kami berehat hingga malam di mana kami berbincang tentang malm Kebudayaan yang akan dilakukan esok malam. Selepas itu kami deberi talkimat keselamatan tentang pengembaraan kami pada esok hari. Kami tidur pada jam 11 malam.
Esok harinya kami bangun pada jam 4 pagi untuk bersiap sedia. Kami berlatih kawad tongkat dari jam 5 petang dan berakhir pada jam 645 pagi. Kami bersarapan dan selepas itu kami melakukan istiadat bendera. Kemudian pada jam 830++ kami bertolak dari Sumiran dan menuju ke Emart Batu Kawa. Selepas kami tiba di situ, kami makan tengah hari dan berehat. Kami kemudian bertolak semula ke Highfields untuk melawat Bekas Penolong Pesuruhjaya Negeri. Kami kemudian menuju ke Dewan Masyarakat Batu Kawa dan bergotong royong di situ. Kami selesai dan pulang ke Sumiran semula pada kira kira jam 1430. Kami tiba di situ pada jam 1535. Kami berehat dan bersiap sedia untuk malam kebudayaan pada malam tersebut. Semua sekolah telah mempersembahkan persembahan yang cukup menarik. Kami tidur pada jam 100 kerana kami diminta menolong patrol yang akan bertugas pada esok hari bagi istiadat bendera.
Pada hari yang terakhir, kami bangun pada jam 445 dan kami mula berkawad tongkat pada jam 530. Kami makan tengah hari dan selepas itu melakukan aktviti terakhir kami, iaitu wall climbing. Akhir sekali kami menghadiri majlis penutupan dan pulang ke tempat masing-masing.