Kem kepimpinan SMK ST Dominic
Pada 16 hingga 17 march 2019 yang lalu,satu kem kepimpinan telah diadakan di sekolah menengah kebangsaan St Dominic Lahad Datu.
Objektif kem tersebut adalah untuk menaikkan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar, menimba banyak ilmu seperti ilmu ikhtiar hidup serta melatih mental dan fizikal melalui aktiviti aktiviti yang telah disediakan.
Kem ini merupakan suatu bentuk kerjasama di antara ahli pengakap kelana dan unit bimbingan/kaunseling sekolah tersebut.
Di sertai seramai 200 orang pelajar dan 20 ahli pengakap kelana sebagai fasilitator kem tersebut.Pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan yang mengandungi lebih kurang 10 orang pelajar. Mereka dikehendaki untuk mencipta nama kumpulan serta memilih ketua pasukan bagi setiap pasukan.
Aktiviti yang lasak serta menguji kekuatan fizikal serta mental peserta merupakan kemuncak bagi kem ini. Selain itu,ilmu kepimpinan dalam berpasukan turut di suntik dalam kalangan peserta bagi membentuk sahsia diri yang lebih baik.
Kesimpulannya, kem ini telah berjaya menghidupkan semangat kepimpinan dalam diri setiap pelajar serta membawa impak yang besar terhadap pemikiran mereka.Semoga dengan penganjuran kem seumpama ini dapatlah para pelajar menguatkan mental dan fizikal juga membentuk para pelajar untuk menjadi lebih berani bersuara dan berfikir sebelum bertindak.