JOTA-JOTI 2019

JOTA-JOTI 2019

Alhamdulillah, terlibat sebagai station manager bagi stesen 9M4SJUC (special call JOTA) dan 3MY87X (special JID) yang bertempat di WADI BUDI, UIAM Kuantan pada 19/10/2019 yang lalu. Aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan menyediakan platform perhubungan kepada pengakap pelbagai peringkat usia ini telah disertai oleh kira-kira 250 peserta dan petugas. Program ini dibantu dari pelbagai pihak antaranya Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang (PERAMAH), Radio Scouting Negeri Pahang (9M4CPA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur juga orang persendirian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti perbualan radio (QSO) di band HF dan VHF, point to point (P2P) communication, kod-kod yang digunakan untuk komunikasi radio seperti morse code, kod Q dan kod j, permainan pelbagai dalam slot Messengers of Peace (MoP) juga pendaftaran akaun di scout.org. Dalam slot JOTI pula, peserta diberi peluang berinteraksi dengam pengakap dari lain negara melalui medan internet. Mereka berjaya berhubung melalui aplikasi Skype dengan warga pengakap dari negara seperti Australia dan Jepun. Diharapkan JOTA-JOTI mampu menarik minat lebih ramai pengakap untuk memggunakan medan seumpama ini untuk menyebarkan mesej-mesej keamanan kepada bukan sahaja pengakap tetapi masyarakat umumnya.
Started Ended
Number of participants
245
Service hours
92610
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share