Jamboree On The Internet (Special Edition)
Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 mula menular di seluruh dunia dengan sangat pantas. Semua rakyat Malaysia kini diperintahkan untuk berada di rumah masing-masing dan wajib mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Segala aktiviti luar harus dibatalkan ataupun ditunda demi memelihara kesihatan para rakyat. Semua institusi pengajian, pusat rekreasi, pusat beli-belah dan sebagainya telah ditutup. Namun, hal ini tidak menghalang pengakap untuk menyertai aktiviti pengakap. Aktiviti pengakap dapat diadakan di atas talian. JOTI Special Edition membawa lebih daripada 100 aktiviti mengenai kesihatan mental, kewarganegaraan digital dan pendekatan kemanusiaan ke rumah orang muda di seluruh dunia. Ia juga merupakan sebuah peluang untuk menghubungkan berjuta-juta orang muda di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, saya juga telah menyertai JOTI Edisi Khas Zulu-Zulu.