Jamboree On The Internet (JOTI) Special Edition bergema di Inanam,Sabah, Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Sabah Daerah Inanam telah menganjurkan Jamboree on the Internet (JOTI) SPECIAL EDITION, yang diilham oleh WOSM.Daerah inanam mengambil insiatif menganjurkan di peringkat Daerah, hasil perbincangan dengan para pemimpin pengakap Daerah melalui App. whatsapp yea kami tidak berjumpa hanya melalui komunikasi whatasap dan telegram.Hasil perbincangan itu, Skipper Abdul Razik Tiksoy merekacipta logo versi daerah inanam bagi menarik minat peserta dari sekitar Inanam untuk menyertainya.Antara aktiviti yang diadakan para peserta dikehendaki menghubungi 5 rakan chat dari negara lain dan screen shot untuk bukti challenge , menyiapkan poster Digital atau poster lukisan berkenaan isu semada dunia COVID-19, menyiapkan MASK tercantik tidak kisah dari bahan apa yang penting MASK boleh dipakai seluruh dunia. Bukti penghasilan Mask menerusi rakaman Video serta membuat rakaman lagu lagu pengakap serta membina satu ayat daripada HURUF S.C.O.U.T yang mana bertemakan isu semasa Dunis tentang masalah kesihatan dunia masih kini iaitu Virus Covid-19.Seramai 500 peserta terdiri pengakap Sabah, Kuala Lumpur, selangor dan Dari Negara Brunei Darussalam.Peserta berkomunikasi dalam App. Telegram yang dibentuk oleh Pasukan Dari Inanam. Di sana para peserta berkomunikasi antara satu sama bagi menyelesaikan tugasan.Seramai 30 orang yang berjaya menghasilkan tugasan yang diberi.Para peserta diberi lencana JOTI CHALLENGE dan Sijil Pencapaian.