ISTIADAT PERLANTIKAN VIGIL KELANASISWA LEVEL 100 2016
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada asas kepengakapan secara teori dan juga mengiktiraf bahawa seorang ahli pengakap tersebut layak untuk menjadi seorang kelana yang bertanggungjawab dan mampu menjalankan tugas dengan penuh amanah. Peserta diberi sebatang lilin dan dikehendaki untuk duduk berasingan di tempat yang gelap bersama sehelai kertas yang mengandungi soalan – soalan untuk peserta menjalankan vigil iaitu proses mengenal diri atau secara ringkasnya peserta dikehendaki memuhasabah diri mereka agar mereka bersedia untuk menjadi seorang Kelanasiswa yang bertanggunjawab dan sedia memikul amanah yang diberikan. Pada akhir kem tersebut, semua peserta dipakaikan epolet Pengakap Kelana dan menjadi ahli Kelanasiswa secara rasmi.