HARI INTERAKSI KLKM USM LEVEL 100
Hari interaksi merupakan sebuah majlis bagi memperkenalkan ahli baharu Kelana kepada barisan kepimpinan MT dan Exco bagi sidang 2017/2018. Majlis ini lebih kepada menggalakkan ahli-ahli KLKM untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Perjumpaan ini bersifat neutral dan semua ahli dilayan sama rata. Beberapa aktiviti turut dilaksanakan antaranya 'ice breaking'. Melalui aktiviti ini, setiap ahli dapat mengenali ahli KLKM yang lain dengan lebih rapat. Perjumpaan kali ini lebih kepada mengeratkan hubungan setiap ahli baru dengan ahli lama selain membina daya kepimpinan yang tinggi dalam kalangan setiap ahli