eco ponies report
Pada hari Sabtu hingga Ahad, 31 Oktober 2020 hingga 1 November 2020M bersamaan 14 Rabiulawal 1442 hingga 15 Rabiulawal 1442H, Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Perkhemahan Kepimpinan Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA iaitu (Program Perkhemahan Asas Bagi Ahli Baru) yang bertempat di Taman Eco Ponies, Kampung Lamunin, Tutong.
Aktiviti Perkhemahan ini dilaksanakan pada Dua Hari Satu Malam dan ini adalah kali pertama diadakan oleh Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA sejak penubuhannya pada 7 Ogos 2019 tahun lepas. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli baru untuk melahirkan ahli Pengakap yang aktif,berinovatif, cergas dan mempunyai sahsiah yang baik di samping memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam aktiviti perkhemahan dan mendalami ilmu pengakap.