Dunia baru, pengalaman baru
Saya telah menyertai program yang telah diadakan oleh klkm umt bertujuan untuk melayakkan diri saya dan ahli baru bergelar seorang kelana. Antara aktiviti yang diadakan ialah orientering explorace, mini pioneering, estimating technique, emergency wrap, simpulan dan ikatan. Kami juga didedahkan dengan MOP. Pada malam diadakan vigil. Banyak yang saya dapat daripada menyertai program ini sekali gus dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pengakap yang saya boleh gunakan dalam kehidupan seharian.