Dare You To Hike 1.0
Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry Pasir Mas telah menganjurkan sebuah program mendaki. Program ini telah diberi nama Dare You To Hike 1.0.
Program ini disertai oleh 13 orang ahli Pasukan Pengakap Kelana B-Blackflurry dan 2 orang ahli Pasukan Pengakap Kelana Mas.
Program ini diadakan untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Lencana Extreme iaitu lencana pilihan dalam Skim Lencana Pengakap Kelana.
Program ini juga dapat meningkatkan jati diri setiap peserta. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mengaplikasikan ilmu pengakap yang telah kami pelajari sepanjang program ini.