CUIT-CUIT - KEM LENCANA TERTINGGI KEMAHIRAN KETUA PATROL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017
Kem Lencana Tertinggi Kemahiran Ketua Patrol peringat Negeri Terengganu Tahun 2017 ini telah diadakan di sekolah SMK Kg Baru Kertih, Kemaman yang melibatkan semua daerah di Terengganu. Kem ini berlangsung selama 3hari 2 malam yang melibatkan peserta seramai 388 orang termasuk urusetia kem. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti acara ikatan tali, kawad kaki, perhimpunan rasmi, latihan komandor dan sebagainya. Peserta sangat teruju dan sangat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh komandor kem. Diakhir kem ini, peserta dianugerahi Lencana Tertinggi kemahiran Ketua Patrol.