CQ Jota...CQ Jota...9M4S standing by

CQ Jota...CQ Jota...9M4S standing by

Jota-Joti 2018 World Jota Joti 2018 tahun ini telah berjaya dianjurkan dengan penglibatan sebanyak 50 stesyen radio amatur di seluruh Malaysia. Penglibatan kali ini adalah seramai 20,000 orang peserta dan urusetia. Penganjuran kali ini adalah pada 19 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018. Sekali lagi dalam penganjuran kali ini Kuala Lumpur menjadi Tuan rumah bagi WSB stesyen iaitu 9M4S ( World Scout Bureau). Pada Jumaat malam, pendaftaran peserta dan persediaan stesyen telah dijalankan di tapak aktiviti. Pagi Sabtu pula, kesemua aktiviti berjalan secara penuh sepanjang hari. Stesyen di Kuala Lumpur telah menyediakan sebanyak 10 aktiviti yang dijalankan secara berpengkalan. Aktiviti adalah seperti berikut: 1. Morse code Tx 2. Morse code Rx 3. Mini RAE 4.QSO 2M 5. HF radio 6. Joti 7. Bendera Semaphore 8. Bendera Interco 9. My QTH 10. Soldering Kit 11. SDG games 12. Pameran Agensi Kerajaan Jota Joti kali ini telah menerapkan aktiviti berkaitan dengan Sustainable Development Goals (SDG). Dan pelbagai agensi kerajaan telah memberi komitmen dalam penglibatan pameran seperti pihak PDRM dan Angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia. Ada juga di adakan pameran kenderaan Radio Amatur Emcomm oleh Kuala Lumpur Dx'ing Team (KLDX), yang juga turut membantu dalam menjalankan aktiviti HF radio. Sebelah malam pula, krew dan pegawai melakukan "Jota Station Hunting and pile up" melalui HF radio. Aktiviti Joti melalui Skype juga dijalankan. Ahad pula, aktiviti HF radio dan Joti diteruskan. It's been a rich and wonderful experience planning, managing, working and have fun with all level of the crew, officers, leaders, participant. Credits to PPM WPKL, KLDX, PPM and WSB for us to work together and entrusting us to conduct such great event. Hope to see you all again next. Cheerio 73 de 9M2ZNM National Jota Joti Coordinator (Malaysia)
Started Ended
Number of participants
20000
Service hours
320000
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships

Share via

Share