Cq Cq  JOTA JOTI 2019
Malaysia

Cq Cq JOTA JOTI 2019

Jamboree On the Air Dan Jamboree On The Internet bagi tahun 2019 telah diadakan di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah. Pada tahun ini, Sandakan sekali lagi menjadi tuan rumah untuk sambutan JOTA JOTI untuk negeri Sabah. 

JOTA JOTI merupakan acara  tahunan anjuran World Organization of Scout Movement (WOSM) bertujuan untuk menggalakkan ahli pengakap dari seluruh dunia berhubung antara satu sama lain menggunakan radio amatur (Jota) dan internet (Joti). “Melalui pelaksanaan ini diharapkan perhubungan silaturrahim antara mereka (pengakap) bertambah erat dengan bermulanya perbualan pertama melalui gelombang radio seterusnya kepada rangkaian persahabatan yang lain"

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti mengenal kod Morse, semaphores kod dan kod alphabet yang digunakan untuk mengendalikan radio amatur. Selain itu, para peserta juga telah mengikuti program jungle hiking.

Bagi program Jamboree on The Internet, para peserta berpeluang untuk chatting dengan ahli pengakap negara luar seperti dari UK, Indonesia,Brunei, India dan lain2 negara. Mereka juga dapat berkomunikasi dengan menggunakan video call.

Perasmian penutupan program ini telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, YB Arunarsim Bin Taib. Beliau turut berpeluang mengendalikan radio amatur sebelum memberikan ucapan perasmian penutupan JOTA JOTI bagi tahun 2019.

 

Started Ended
Number of participants
500
Service hours
9000
Location
Malaysia
Topics
Communications and Scouting Profile

Share via

Share