Community Service in Jordan - Teach Syrian refugees
Saya telah mengambil inisiatif dalam menjalankan projek khidmat masyarkat melalui program mobiliti luar negara dikalangan mahasiswa bahasa Arab Universiti Putra Malaysia untuk mengkualiti pendidikan terhadap komuniti luar negara dibangku persekolahan yang terpinggir dalam arus pendidikan disebabkan kesusahan hidup yang di alami oleh mereka pada tahun 2020. Saya mula berkolaborasi dengan organisasi persatuan pelajar Universiti Al al-Bayt, Mafraq Jordan dan komuniti tempatan di negara Jordan serta turut menggerakkan mahasiswa Malaysia untuk turut serta dalam peristiwa saya dalam kerja khidmat masyarakat dengan pengajaran ilmu komunikasi dan bahasa Asing iaitu bahasa Arab Fusha (Standard) sebagai bahasa pengantar dikalangan komuniti anak-anak pelarian Syria di wilayah Mafraq Jordan.
Bantuan makanan dan peralatan persekolahan percuma turut di hulurkan kepada mereka bagi menyuntik semangat mereka untuk terus menerus belajar. Matlamat saya bertujuan untuk menggalakkan komuniti ini mementingkan pendidikan yang boleh mencorakkan masa hadapan mereka yang lebih cerah dengan adanya ilmu serta menggalakkan mahasiswa Universiti untuk menyumbang bakti dari pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah dimiliki kepada komuniti yang kurang bernasib baik dalam dunia pendidikan. Projek berbentuk ini merupakan projek yang diadakan pada tahun ketiga yang mana ia telah bermula pada tahun 2018 dan 2019 di negara Indonesia dan akan dijadikan sebagai projek tahunan pada tahun berikutnya.