Community Service in Indonesia - Teach Arabic Language

Community Service in Indonesia - Teach Arabic Language

Saya telah mengambil inisiatif sebagai seorang pengakap dalam menjalankan projek khidmat masyarakat melalui program mobiliti luar negara dikalangan mahasiswa bahasa Arab Universiti Putra Malaysia mengikut bidang pengkhususan saya dalam bahasa Arab dan pengurusan sumber untuk mempromosikan gaya pembelajaran bahasa Arab secara efektif di era baharu seperti pembelajaran melalui Gamifikasi yang menyeronokkan terhadap komuniti luar negara dibangku persekolahan menengah. Saya mula berkolaborasi dengan organisasi Kesatuaan Mahasiswa Bahasa Arab Se-Indonesia dan komuniti Pondok Pesantren Tahfidz Al-Qur’an Al-Ihya di Subang Indonesia serta turut menggerakkan mahasiswa Malaysia untuk turut serta dalam peristiwa saya dalam kerja khidmat masyarakat dengan pengajaran ilmu komunikasi bahasa Asing iaitu bahasa Arab dikalangan komuniti anak-anak Indonesia dibangku persekolahan di wilayah Subang, Indonesia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya; binaan ayat, meneka gambar, memperbetulkan kesalahan bahasa, menyusun cerita, nyayian lagu serta penentuan perkataan dalam pelbagai situasi.

Matlamat saya bertujuan untuk menggalakkan komuniti ini mementingkan pendidikan untuk melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan memperkasakan bahasa Arab dalam diri mereka sebagai alat komunikasi perhubungan antarabangsa di negara-negara Arab Timur Tengah serta menggalakkan mahasiswa Universiti untuk menyumbang bakti dari pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah dimiliki kepada komuniti luar dalam dunia pendidikan.

Started Ended
Number of participants
73
Service hours
1314
Location
Indonesia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share