CERAMAH KESIHATAN : DEMAM DENGGI
SIPITANG, SABAH - Seramai 121 orang peserta termasuk ahli Pengakap Kelana telah menghadiri ceramah kesihatan mengenai penyakit berjangkit iaitu Demam Denggi pada 11 Mac 2020. Ceramah yang diadakan di SMK. Pengiran Omar ini telah disampaikan oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Sipitang. Semoga aktiviti ini memberi kesedaran kepada ahli Pengakap Kelana dan masyarakat lain tentang bahayanya penyakit berjangkit tersebut.