Bubur Kacang Ciptaan Pengakap Daerah Inanam
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah inanam, menganjurkan bersama penduduk kampung Bandulan, sepangar, sabah bergotong royong membersihkan kawasan kampung, mengedar bubur kacang di sekitar perkampungan Bandulan. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran ketua kampung dan Pesuruhjaya Daerah Inanam untuk meramaikan dan memeriahkan program bubur Kacang untuk penduduk kampung. Seramai 50 orang pengakap Remaja dan kelana Daerah inanam turut bersama.harapan semoga program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dan tahun depan harap dapat dianjurkan dengan penuh meriah lagi. Penyediaan bubur kacang ini di masak sepenuhnya oleh ahli ahli pengakap Daerah Inanam.