Bestnya Bengkel Kesenian

Bestnya Bengkel Kesenian

Pada 2 Mei sehingga 3 Mei, kami telah mengadakan satu bengkel khas bagi guru pelatih mengambil opsyen Pendidikan Seni Visual dalam menyertai bengkel kesenian. Bengkel kesenian ini mengambil masa selama dua hari. Bengkel initelah melibatkan seramai 38 termasuk guru pelatih dan pensyarah yang terlibat. Aktiviti ini diadakan di bilik micro teaching Ipg Dato' Razali Ismail. Masa yang diambil selama dua hri iaitu bermula pada waktu pagi sehingga petang. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih opsyen PSV tentang format baru rancangan pengajaran serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengajaran abad 21. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti merancang aktiviti harian serta membuat simulasi merujuk kepada rancangan pengajaran tersebut. Sepanjang tempoh dua hari tersebut banyak pendedahan terutama tentang sistem pendidikan baru. Guru perlu memberi cakna tentang perubahan pendidikan terkini. Hal ini bertujuan adalah supaya sistem pendidikan Malaysia tidak jauh ketinggalan dengan peredaran masa globalisasi ini.
Started Ended
Number of participants
38
Service hours
456
Location
Malaysia

Share via

Share