Berkhidmat di Karnival Pendidikan Luar Pra Sekolah Daerah Pekan 2019
Pada 16 Oktober 2019, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pekan telah menganjurkan Karnival Pendidikan Luar Pra Sekolah Daerah Pekan 2019. Karnival ini diadakan di Kem Tanjung Gosong,Pekan. Ahli KLKM DHU seramai 4 orang telah dipanggil untuk membantu sebagai urusetia karnival dan 26 orang jawatankuasa perlaksanaan daripada program tersebut. Karnival ini berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Seramai 270 peserta telah mengambil bahagian didalam karnival ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Mewarna
2. Bina Istana Pasir - Tema Merdeka
3. Laluan Berhalangan
4. Cabutan Bertuah