BENGKEL EKERTAS KERJA
Kertas kerja adalah kertas-kertas yg dikumpulkan atau dibuat selama proses pemeriksaan yg meliputi semua bukti pemeriksaan yg telah dikumpulkan oleh auditor untuk memperlihatkan pekerjaan yang telah dilaksanakan, metode & prosedur pemeriksaan yg diikutinya serta kesimpulan yang dibuatnya.
Tujuan dibuatkertas kerja adalah Sebagai pendukung utama atas laporan pemeriksaan.Ringkas kertas harus berisi informasi yang pokok dan yang relevan dengan tujuan pemeriksaan. Sehingga dalam penyajiannya ringkas tetapi dapat dimengerti dan difahami agar kertas kerja yang jelas dapat disajikan, dalam pembuatannya pula perlu digunakan istilah-istilah yang tidak menimbulkan pengertian ganda serta sisitematis dalam penyajiannya Rapi kerapian dalam pembuatan kertas kerja akan mempermudah pemahamannya (penelahaannya) dan mempermudah dalam memperoleh informasi dari kertas kerja tersebut.
Bengkel Ekertas kerja merupakan program penerangan mengenai satu kaedah atau langkah yang memudahkan peserta untuk membuat kertas kerja bagi program yang bakal di jalankan dengan mengunakan multiuser berbentuk google form. kaedah ini adalah idea dan usaha dari pemimpin banzai rovers iaitu saudara Suryadi lagga.
Bengkel ini Telah di laksanakan pada 24 Januari 2021, 08.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam.melalui pertemuan atas talian (google meet) program ini telah berjaya di sertai oleh 25 orang ahli banzai rovers.
Selain penerangan kaedah dan pengunaan Multiuser Ekertas kerja,turut di selitkan contoh contoh pembuatan kertas kerja secara manual yang turut membantu para peserta untuk meningkatkan lagi kualiti suatu kertas kerja mereka di masa hadapan dengan mengunakan Multiuser Ekertas kerja.
Semoga dengan adanya bengkel dan inisiatif seperti ini di harapkan para ahli pengakap,lebih lebih lagi ahli pengakap kelana khususnya ahli banzai rovers itu sendiri dapat menghasilkan kertas kerja yang lebih berkualiti dan membantu dalam pelaksanaan suatu program di masa hadapan.