Banzai Rovers membuka tirai malam 'Camfire' Sk Sandau !
Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau telah berlangsung pada 31 Oktober 2019 , iaitu persediaan oleh pengakap kelana daerah Kinabatangan. Program bermula pada 01 November hingga 03 November 2019. Perkhemahan ini melibatkan 4 buah Unit Beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM). Seramai 118 orang peserta, 28 orang guru dan 10 orang pengakap kelana dari 3 pasukan pengakap kelana , udara dan laut sebagai petugas. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang terhadap pasukan pengakap kelana untuk mendedahkan secara langsung kepada peserta khasnya pengakap kanak-kanak mengenai pengakap kelana. Program ini diadakan untuk meningkatkan pngetahuan peserta perkara asas dalam perkhemahan seperti mendirikan khemah dan bnyak lagi aktiviti lain yang lebih mencabar.