BACK TO WORK ( MAFUS )
Bermula 13 Mei 2020 semasa PKPB, aktiviti pembinaan dibenarkan untuk berjalan. Namun, kami harus mematuhi Standard Of Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Saya sebagai Penolong Ketua Projek MAFUS menjalankan tugas seperti buruh kasar dan memastikan projek ini berjalan lancar di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.
Saya meneruskan pembinaan Madrasah dengan membuat konkrit pelataian Madrasah. Setelah siap pelataian, bermulalah sesi pengecatan dinding dan tandas Madrasah.
Dalam masa yang sama, saya juga membuat satu pagar di depan madrasah dengan ilmu saya yang saya belajar di ipt dahulu.