Back To School
Progaram Back To School telah dianjurkan oleh Kumpulan Anak-Anak Negari Kedah (KAKUSMA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Yan. Program ini bertujuan untukmendedahkan para pelajar Tingkatan Enam kepada program-program yang terdapat di universiti di Malaysia terutamanya Universiti Sains Malaysia. Program ini telah disertai seramai 23 orang sukarelawan fasilitator yang terdiri daripada pelajar Universiti Sains Malaysia dan juga pelajar univerisiti awam di Malaysia. Program ini melibatkan seramai 54 pelajar tingkatan Enam SMK Yan. Program ini telah diadakan di Dewan Bendahara SMK Yan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah: 1.Pengenalan kepada proram yang terdapat di universiti awam di Malaysia. 2. Kenali Masalah Anda. 3. Tali Cinta. 4.Universiti Planning Markerting. Turut serta dalam program ini ialah guru-guru akademik tingkatan Enam SMK Yan. Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan fasilitator yang terlibat.